Tuesday, March 31, 2009

Memupuk Kesedaran Tentang Keselamatan Dan Kesihatan Pekerja

KESELAMATAN DI TEMPAT KERJA

Apakah kepentingannya?
Sebagai pekerja, kita terdedah kepada berbagai bahaya. Tempat kerja yang kurang selamat boleh mengakibatkan kemalangan dan memudaratkan kita.

Apakah faedah mempunyai tempat kerja yang selamat?
  • Melindungi pekerja
  • Meningkatkan produktiviti
  • Mengurangkan kemalangan ditempat kerja
  • Mengurangkan pembayaran insuran pampasan kerja
  • Mengurangkan perbelanjaan perubatan

Bagaimana cara mewujudkan tempat kerja yang selamat?

a- Keselamatan kebakaran

  • Pastikan alat pemadam api dan hos di tempat kerja selalu diperiksa
  • Paparkan pelan evakuasi semasa kecemasan
  • Melakukan latihan kecemasan kebakaran dengan bantuan Jabatan Bomba
b- Penggunaan eletrik yang selamat
  • Jangan sama sekali menggunakan sambungan litar eletrik yang melebihi had
  • Jangan gunakan sambungan eletrik yang rosak
  • Jangan cuba untuk membaiki alat eletrik yang rosak - kerja tersebut hendaklah dilakukan oleh orang yang mahir
c- Penggunaan alat perlindungan diri yang betul
  • Sentiasa menggunakan alat perlindungan keselamatan diri yang bersesuaian dengan tugas
  • Ganti alat perlindungan keselamatan diri yang sudah rosak
d- Penggunaan alat perkakas yang selamat
  • Memberikan latihan tentang penggunaan mesin dengan selamat
  • Hindarkan dari membuat pengubahsuaian dan pembaikan sesuatu mesin tanpa kebenaran

e- Penggunaan bahan kimia dengan selamat

  • Gantikan bahan kimia yang merbahaya dengan bahan yang lebih selamat jika boleh
  • Tandakan semua bekas bahan kimia
  • Simpan data keselamatan penggunaan bahan bagi rujukan
  • Gunakan alat perlindungan keselamatan diri yang disyorkan jika perlu seperti penutup mulut, sarung tangan, kacamata keselamatan dan sebagainya.



Sunday, March 29, 2009

Introduction

Brunei Darussalam's small population cannot provide all the manpower needed to implement all its development projects. It continues to allow skilled as well as unskilled foreign workers to work in Brunei, notably in the construction sector.As most of the citizens and permanent residents are employed in the public sector, the Labour Department continues to promote and ensure more local employments in the private sector.

Tuesday, February 10, 2009

Vision

Towards quality local workforce and lesser reliance on foreign workforce.

Mission

Working together towards a conducive and harmonious working environment.